Unit Integriti

UNIT INTEGRITI
 

Unit Integriti, Jabatan Kerajaan Tempatan telah ditubuhkan pada 14 November 2013 sejajar dengan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6/2013.

 

Objektif Unit Integriti:
 

  • Merancang, menyelaras dan menguruskan hal-hal berkaitan kelakuan dan tatatertib serta kod tatasusila berdasarkan prinsip integriti dan akauntabiliti;
  • Mewujudkan budaya kerja unggul dengan ciri-ciri moral dan etika yang kukuh serta berintegriti;
  • Memperkukuhkan kecekapan dan keberkesanan mekanisme saluran aduan dalaman dan meningkatkan penghayatan dan mengukuhkan etika kerja serta integriti; dan
  • Memantapkan pengawalan tatakelakuan selaras dengan Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.


Fungsi Unit Integriti


Penubuhan Unit Integriti ini merupakan usaha kawalan dalaman oleh Jabatan untuk menguruskan integriti dalam organisasi. Unit ini bertanggungjawab untuk melaksanakan enam (6) fungsi teras seperti berikut:

 
a)      Tadbir Urus
         Memastikan tadbir urus yang terbaik dilaksanakan;
 
b)      Pengukuhan Integriti
         Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam organisasi;
 
c)      Pengesanan dan Pengesahan
         i)        Mengesan dan mengesahkan aduan salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi 
                   serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil; dan
         ii)       Melaporkan salahlaku jenayah kepada agensi penguatkuasaan yang bertanggungjawab;
 
d)      Pengurusan Aduan
         Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan/maklumat mengenai salahlaku jenayah serta pelanggaran
         tatakelakuan dan etika organisasi;
 
e)      Pematuhan
         Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa; dan
 
f)       Tatatertib
         Melaksanakan fungsi urus setia Lembaga Tatatertib.


Ikrar Integriti

Ikrar Integriti Malaysia
 

Kami, rakyat Malaysia yang merdeka dan berwawasan, dengan tulus dan suci hati berikrar, memantap dan memperkukuhkan maruah dan integriti kami, keluarga dan masyarakat, agama, bangsa dan negara kami.


Ke arah itu, kami berikrar :

  • Mematuhi sepenuhnya Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang;
  • Mematuhi dan mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara;
  • Mempertingkatkan integriti dengan mengamalkan nilai-nilai murni dan beretika;
  • Bekerjasama sepenuhnya dengan mana-mana pihak untuk mencegah sebarang perlakuan jenayah, salah laku dan perbuatan tidak berintegriti;
  • Menyokong dan bekerjasama bagi mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang menggugat integriti masyarakat dan negara; dan
  • Membudayakan integriti sebagai amalan hidup harian secara individu dan berpasukan.
     
Unit Integriti telah mewujudkan saluran aduan bagi memudahkan warga Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) yang mempunyai maklumat dan bukti salahlaku jenayah serta perlanggaran tatakelakuan dan etika organisasi warga JKT dalam menjalankan tugas rasmi.

Borang aduan boleh dihantar melalui e-mel kepada integriti_jkt@kpkt.gov.my.
 

  •  
  • Print
  • Email this page

::Hakcipta©2014 Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT KPKT)::
Aras 25-29, 
No.51, Persiaran Perdana Presint 4,
62100 Putrajaya Malaysia
Tel: 03-8000 8000     Faks: 03-8891 3090
E-mel: jkt[at]kpkt[dot]gov[dot]my (webmaster sahaja)
Untuk e-melkan aduan sila klik di sini.

Paparan terbaik: IE9 / Firefox / Google Chrome resolusi melebihi 1024x768px
Penafian: Jabatan Kerajaan Tempatan tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini.
Total count : 488795 Tarikh Kemaskini : 23-10-2017