Dasar dan Kemajuan Kerajaan Tempatan

Fungsi Bahagian dipecahkan kepada 3 Unit iaitu :

  •     Unit Penyelidikan Perundangan
    1. Menyediakan garis panduan dan pekeliling berkaitan peranan dan fungsi PBT.
    2. Menyemak Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) dan perundangan subsidiari selaras dengan keperluan dan kehendak semasa berhubung peranan dan fungsi PBT
    3. Menyediakan jawapan parlimen berkaitan perundangan.
    4. Menyediakan maklumbalas atau ulasan jemaah menteri berkaitan perundangan.
    5. Menyediakan maklumbalas atau ulasan terhadap mesyuarat-mesyuarat utama berkaitan perundangan.
    6. Mengganggotai mana-mana jawatankuasa yang melibatkan peranan dan fungsi PBT.
    7. Memberi khidmat nasihat berhubung peranan dan fungsi PBT tertakluk kepada punca kuasa yang ada.
    8. Memproses permohonan naik taraf, peluasan atau pengecilan kawasan PBT dan naiktaraf atau pewujudan daerah.
       
  •     Unit Penambahbaikan
    1. Membimbing dan menggalakkan program penyertaan masyarakat ke arah pembangunan mapan di PBT.
    2. Membimbing dan menggalakkan program integriti, kualiti dan inovasi di PBT.
    3. Menyediakan jawapan parlimen berkaitan program sosial yang perlu dilaksanakan oleh PBT.
    4. Menyelaras aduan berkaitan peranan dan fungsi PBT.
    5. Menyediakan maklumbalas dan ulasan jemaah menteri berkaitan program sosial yang perlu dilaksanakan oleh PBT.
    6. Menyediakan maklumbalas dan ulasan terhadap mesyuarat-mesyuarat utama berkaitan program sosial yang perlu dilaksanakan oleh PBT.
    7. Mengganggotai mana-mana jawatankuasa yang melibatkan peranan dan fungsi PBT.
    8. Memberi khidmat nasihat berhubung peranan dan fungsi PBT tertakluk kepada punca kuasa yang ada.
       
  •     Unit Dasar dan Perancangan Strategik
    1. Merangka dasar yang berkaitan dengan peranan dan fungsi PBT.       
    2. Menyediakan garis panduan dan pekeliling berkaitan peranan dan fungsi PBT.
    3. Merangka sistem penarafan PBT sebagai medium penanda aras penyampaian perkhidmatan PBT.
    4. Memantau dan menilai pelaksanaan dasar, garis panduan dan pekeliling oleh PBT.
    5. Memantau dan menilai pelaksanaan Pusat Setempat (OSC).
    6. Mengadakan persidangan, forum atau mesyuarat yang melibatkan PBT.
    7. Mengemaskini maklumat asas berkaitan PBT.
    8. Urus setia Mesyuarat Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan.                  \
    9. Menyediakan maklumbalas dan ulasan memorandum Jemaah Menteri berhubung PBT.
    10. Menjalankan kajian yang berkaitan dengan usaha-usaha untuk meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan PBT.
    11. Memberi khidmat nasihat berhubung peranan dan fungsi PBT tertakluk kepada punca kuasa yang ada.

 

Bahagian ini juga bertanggung jawab menyelaras dan memantau peranan dan fungsi Pihak Berkuasa Tempatan berdasarkan peruntukan undang-undang seperti berikut :

 

1. Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)
2. Akta Perancang Bandar dan Desa 1976 (Akta 172)
3. Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133)

4. Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333)
5. Akta Bangunan Dan Harta Bersama (Penyenggaraan Dan Pengurusan) 2007 (Akta 663)
6. Akta Makanan 1983 (Akta 281)
7. Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 (Akta 154)

8.  Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342)

9. Akta Petroleum (Langkah-Langkah Keselamatan) 1984 (Akta 302)
10. Akta Peniaga Sekendhend 1946 (Akta 189)
11. Akta Kawalan Sewa (Pemansuhan) 1997 (Akta 572)
12. Akta Eksais 1976 (Akta 176)
13. Akta Hakcipta 1987 (Akta 332)
14. Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 (Akta 127)
15. Undang-Undang Kecil berkaitan Kerajaan Tempatan


  •  
  • Print
  • Email this page

::Hakcipta©2014 Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT KPKT)::
Aras 25-29, 
No.51, Persiaran Perdana Presint 4,
62100 Putrajaya Malaysia
Tel: 03-8000 8000     Faks: 03-8891 3090
E-mel: jkt[at]kpkt[dot]gov[dot]my (webmaster sahaja)
Untuk e-melkan aduan sila klik di sini.

Paparan terbaik: IE9 / Firefox / Google Chrome resolusi melebihi 1024x768px
Penafian: Jabatan Kerajaan Tempatan tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini.
Total count : 488795 Tarikh Kemaskini : 23-10-2017