ICT

ICT
 

LATARBELAKANG

Bahagian ini ditubuhkan pada 1 Jun 2007 dengan tujuan utama untuk mengurus dan memantau pelaksanaan sistem ePBT dan peluasan di PBT Malaysia. Bahagian ini diketuai oleh Pegawai Teknologi Maklumat (PTM) Gred F48 dengan perjawatan lengkap seperi berikut :-

  • Seorang PTM Gred F48 (Pengarah ICT)
  • Seorang PTM Gred F41
  • Seorang PPTMK Gred F32
  • Dua orang Juruteknik Komputer Gred FT17
  • Seorang Pembantu Tadbir Gred N17


Bagi memastikan pelaksanaan sistem ePBT ini diperluaskan di PBT Malaysia, seramai 58 orang PTM F41 dan 12 orang Juruteknik Komputer FT17 telah/akan ditempatkan di SUK Negeri dan PBT bertaraf Majlis Daerah (jika perlu) dengan agihan seperti berikut :-

  • SUK Negeri - 1 PTM F41 & 1 FT17
  • PBT Majlis Daerah - 1 PTM F41

Nota : 3 orang PTM Gred F41 Unit ePBT ditempatkan di Unit ICT bagi membantu tugas-tugas Bahagian ICT lain yang telah berkembang.

 

FUNGSI :

  1. Menyelaras, memantau dan mengemaskini Portal JKT
  2. Mengemaskini Portal ePBT
  3. Membangun dan menyelenggara Portal OSC
  4. Menyelaras pelaksanaan Sistem OSC Online (eSubmission)
  5. Menyelaras pelaksanaan program/sistem yang melibatkan PBT
  6. Menyelaras program-program ICT JKT
  7. Menyelaras penempatan Pegawai Teknologi Maklumat (F41) di SUK dan PBT
 

PIAGAM PELANGGAN :

  1. Memastikan pelaksanaan peluasan sistem ePBT di setiap PBT dilaksanakan dalam tempoh 8 bulan.
  2. Laporan status pelaksanaan peluasan ePBT di setiap PBT disediakan setiap bulan.
  3. Urusan penempatan Pegawai Teknologi Maklumat, F41 dan Juruteknik Komputer, FT17 ditentukan dalam tempoh 1 bulan bergantung kepada kesediaan SUK/PBT dan pegawai.
  4. Portal JKT dan portal ePBT dikemas kini sekurang-kurangnya setiap 1 minggu.
 

CARTA PERJAWATAN:

 

 

SISTEM APLIKASI YANG DIGUNAPAKAI DAN DISENGGARA :

 

Sistem Luaran (Umum) Sistem Dalam JKT
  1. Portal ePBT
  2. Portal OSC
  3. Keratan Akhbar
  4. Profil KPKT
  5. Portal eJKT
  1. Sistem Pengurusan Fail
  2. JKT Shared Knowledge
  3. Rekod Kursus JKT
  4. Penempatan Pegawai ePBT
  5. Sistem Pembekal dan Kontraktor


PENCAPAIAN :

Beberapa anugerah dan pencapaian Bahagian ICT adalah :-

  1. 2008 - Laman web bertaraf 4 bintang dan berkedudukan no. 7 (Penilaian Laman Web Sektor Awam 2008)
  2. 2009 - Top 5 FutureGov 2008 dalam kategori "Connected Government" melalui projek Portal OSC
  3. 2009 - Anugerah Khas Kualiti Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan sempena Hari Kualiti KPKT 2009 melalui pencapaian Portal OSC dalam FutureGov. [Lihat]
  4. 2010 - Laman web bertaraf 5 bintang dan berkedudukan no. 2 (Penilaian Laman Web Sektor Awam 2010)
  5. 2011 - Anugerah Apresiasi MSC Malaysia ( Laman Web Terbaik bagi Transaksi ePerolehan)
  6. 2011 - Portal bertaraf 5 bintang dan berkedudukan no. 5 (Penilaian Laman Web/Portal Sektor Awam 2011)
  7. 2012 - Portal bertaraf 5 bintang dan berkedudukan no. 14 (Penilaian Laman Web/Portal Sektor Awam 2012)
  8. 2013 - Portal bertaraf 5 bintang (Penilaian Laman Web/Portal Sektor Awam 2013)

  •  
  • Print
  • Email this page

::Hakcipta©2014 Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT KPKT)::
Aras 25-29, 
No.51, Persiaran Perdana Presint 4,
62100 Putrajaya Malaysia
Tel: 03-8000 8000     Faks: 03-8891 3090
E-mel: jkt[at]kpkt[dot]gov[dot]my (webmaster sahaja)
Untuk e-melkan aduan sila klik di sini.

Paparan terbaik: IE9 / Firefox / Google Chrome resolusi melebihi 1024x768px
Penafian: Jabatan Kerajaan Tempatan tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini.
Total count : 488795 Tarikh Kemaskini : 23-10-2017