Kesihatan Persekitaran

KESIHATAN PERSEKITARAN

 

Bahagian Kesihatan Persekitaran terbahagi kepada empat (4) unit. Fungsi setiap unit adalah seperti berikut:

  • Unit Kawalan Penyakit dan Vektor
    1. Merancang, mengurus dan menilai aktiviti kawalan penyakit dan vektor di Jabatan Kerajaan Tempatan bagi panduan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
    2. Menyediakan garis panduan teknikal dalam aktiviti kawalan penyakit dan vektor.
    3. Mengkaji, menderaf dan meminda undang-undang kecil PBT yang berkaitan dengan aktiviti kawalan penyakit dan vektor.
    4. Merancang dan mengadakan program latihan dan kursus di peringkat kebangsaan dan tempatan.
    5. Mengurus dan menganalisa data kawalan penyakit dan vektor di PBT.
    6. Menyelaras, menganjur dan membantu kempen-kempen kebersihan, pendidikan & kesedaran denggi atau lain-lain wabak penyakit yang dilaksanakan oleh Jabatan Kerajaan Tempatan dan PBT.
    7. Memberi khidmat nasihat teknikal mengenai kesihatan persekitaran kepada PBT dan Pihak Berkuasa Negeri (PBN).
 
  • Unit Kawalan Pusat Penyembelihan dan Pasar
    1. Merancang, mengurus dan menilai aktiviti kawalan kebersihan dan kesihatan di pusat penyembelihan dan pasar bagi panduan Pihak Berkuasa Tempatan.
    2. Menyediakan garis panduan dalam kawalan kebersihan pusat penyembelihan dan pasar.
    3. Mengkaji, menderaf dan meminda undang-undang kecil yang berkaitan dengan aktiviti kawalan pusat penyembelihan dan pasar.
    4. Merancang dan mengadakan program latihan dan kursus di peringkat kebangsaan dan tempatan.
    5. Mengurus dan menganalisa data pusat penyembelihan dan pasar di PBT.
    6. Memberi khidmat nasihat teknikal mengenai kesihatan persekitaran kepada PBT dan PBN.
    7. Menyelaras, menganjur dan membantu kempen-kempen kebersihan, pendidikan & kesedaran berkaitan pasar dan pusat sembelihan  yang dilaksanakan oleh Jabatan Kerajaan Tempatan dan PBT.
 
  • Unit Kawalan Keselamatan Makanan
    1. Merancang, mengurus dan menilai aktiviti keselamatan dan kualiti makanan di PBT.
    2. Menyediakan garis panduan teknikal berkaitan keselamatan dan kualiti makanan sebagai panduan kepada PBT.
    3. Mengkaji, menderaf dan meminda undang-undang kecil yang berkaitan dengan aktiviti kawalan dan keselamatan makanan.
    4. Merancang dan mengadakan program latihan dan kursus di peringkat kebangsaan dan tempatan.
    5. Mengurus dan menganalisa data berkaitan keselamatan dan kualiti makanan.
    6. Memberi khidmat nasihat teknikal mengenai kesihatan persekitaran kepada PBT dan PBN.
 
  • Unit Penyenggaraan dan Kawalan Stesen Pencegah Penyakit
    1. Merancang, mengurus dan menilai aktiviti kesihatan di stesen pencegah jangkit (cth:kolam renang, tandas).
    2. Menyediakan garis panduan teknikal berkaitan kawalan stesen pencegah jangkit sebagai panduan kepada PBT.
    3. Mengkaji, menderaf dan meminda undang-undang kecil yang berkaitan dengan aktiviti penyenggaraan dan kawalan stesen pencegah jangkit.
    4. Merancang dan mengadakan program latihan dan kursus di peringkat kebangsaan dan tempatan.
    5. Mengurus dan menganalisis data stesen pencegah jangkit di kawasan PBT.
    6. Menyelaras, menganjurkan dan membantu kempen-kempen kebersihan dan kesihatan yang dilaksanakan oleh Kementerian dan PBT.
    7. Memberi khidmat nasihat teknikal berkenaan penyenggaraan dan kawalan stesen pencegah jangkit kepada PBT dan PBN .

 

 


AKTIVITI TAHUN 2008

  1. Seminar Kesihatan Persekitaran telah diadakan di MITC Melaka pada  7 hingga 8 Ogos 2008
     
  2. Kursus Penguatkuasaan dan Pendakwaan telah diadakan di Hotel De Palma, Ampang pada 17 hingga 19 Oktober 2008
     
  3. Kursus Kebersihan Tandas telah diadakan di Hotel Alson Klana, Seremban pada November 2008
     
  4. Kursus COMBI telah diadakan di Hotel Costa Rica, Port Dickson pada 24 hingga 26 November 2008
     
  5. Bengkel Saringan HIV/STI telah diadakan di Hotel Shahzan Inn, Kuantan pada 16 hingga 18  Disember 2008
     
  6. Program NATEF telah diadakan di Hotel Alson Klana, Seremban pada 11 hingga 13  November 2008.
     
  7. Pemantauan BP003 telah dilakukan di enam (6) buah PBT.

 

AKTIVITI TAHUN 2009

  1. Bengkel Pemurnian Garis Panduan Saringan HIV/STI telah diadakan di Hotel Shahzan      Inn,  Kuantan pada 14 hingga 16 April 2009
     
  2. Kursus Teknik Semburan dan Pengasapan Berkesan - Zon 1  telah diadakan di Pangkor Coral Bay Resort, Pulau Pangkor pada 11 hingga 13 Mei 2009
     
  3. Kursus Teknik Semburan dan Pengasapan Berkesan - Zon 2  telah diadakan di Hotel New York, Johor Baharu pada 19 hingga 22 Oktober 2009
     
  4. Kursus Pengenalan kepada Peraturan - Peraturan Kebersihan Makanan telah diadakan di Summerset  Resort, Kuala Rompin Pahang pada 12 hingga 14 Ogos 2009
     
  5. Seminar Kesihatan Persekitaran Kali Kedua Peringkat Pihak Berkuasa Tempatan telah diadakan di Hotel Permai Inn, Kuala Terengganu pada 27 hingga 28 Oktober 2009
     
  6. Bengkel Penyediaan Garis Panduan Pusat Penyembelihan Ayam / Itik & Unggas telah diadakan di Hotel Seri Malaysia Port Dickson, N.Sembilan pada 15 hingga 18 November 2009
     
  7. Kursus Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan telah diadakan di Bilik Ilmu, Aras 4, Blok B (Selatan), Pusat Bandar Damansara pada 23 hingga 25 November 2009
     
  8. Pemantauan BP003 telah dilakukan di dua puluh tiga (23) buah PBT.


    Program Tambahan Tahun 2009
  1. Pakej Ransangan Ekonomi Kedua
    Mengenalpasti 893 anggota Pembantu Kesihatan Awam (PKA) Skim Khidmat Singkat  untuk diagihkan kepada PBT serta menganjurkan 3 fasa kursus Asas Intensif PKA (SKS)
    - Kem Bina Semangat Kuala Kubu Baharu  dari 6 hingga 15 Oktober 2009
    - Akedemi Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu dari 17 hingga 25 November 2009
    - Hotel Seri Malaysia Bagan Lalang, Sepang dari 6 hingga 14 Disember 2009
     
  2. Kempen Kebersihan Awam bagi menangani Pendemik Influenza A (H1N1) telah diadakan pada 20 Julai 2009 di Pusat Konvensyen Sunway Piramid.
     
  3. Mengedar risalah/poster/sticker dan mengadakan ceramah kesihatan mengenai Pendemik Influenza A (H1N1).
     
  4. Mewujudkan Bilik Gerakan H1N1 bagi pemantauan Cuti Sakit kakitangan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Ogos hingga Disember 2009).
     
     

AKTIVITI TAHUN 2010

  1. Tiga (3) Kursus Intensif Asas Pekerja Kesihatan Awam (Skim Khidmat Singkat) di :

    - Santubong Beach Resort, Sarawak pada 2 hingga 9 Februari,2010.
    - Beringgis  Beach Resort, Papar, Sabah pada 17 hingga 25 Februari,  2010.
    - Kem Bina Semangat, Kuala Kubu Baharu, Selangor pada 1 hingga 3 Mac, 2010.
     
  2. Bengkel Pemeriksaan dan Penggredan  Garispanduan  Premis Makanan di Hotel Crystal Crown, Pelabuhan Klang, Selangor pada 23 hingga 25 Februari, 2010.       



     CADANGAN PROGRAM TAHUN 2010
  1. Bengkel Meningkatkan Keupayaan bahagian Kesihatan Persekitaran di PBT
     
  2. Bengkel Garis Panduan Kebersihan Tandas Awam
     
  3. Bengkel Penyediaan Garis Panduan Pusat Penyembelihan Ayam / Itik & Unggas di Kawasan PBT
     
  4. Bengkel Penyelarasan CPD/PTK Untuk PKP/PPKP di Peringkat PBT
     
  5. Bengkel Tatacara Kebersihan Pasar Awam
     
  6. Bengkel Penyediaan Format Laporan Maklumbalas/Reten
     
  7. Kursus Tatacara Pengurusan Stor (Fasa 1)
     
  8. Kursus Kebersihan Tandas Awam Kepada Pegawai PBT
     
  9. Kursus Tatacara Pengurusan Stor (Fasa 2)
     
  10. Kursus Pengenalan Kepada Standard HACCP & GHP di Premis Makanan
     
  11. Kursus Semburan (Pengasapan) Berkesan Untuk Kawalan Vektor di PBT Zon Sabah & Sarawak
     
  12. Kursus Teknik Pensampelan Makanan di PBT (Zon Semenanjung)
     
  13. Kursus Aplikasi VEKPRO 4.1 (Vektor Program) di PBT Dalam Kawalan Penyakit Bawaan Vektor
     
  14. Kursus Teknik Pensampelan Makanan di PBT (Zon Sabah/Sarawak)
     
  15. Seminar Kesihatan Persekitaran Peringkat PBT

 

 


  •  
  • Print
  • Email this page

::Hakcipta©2014 Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT KPKT)::
Aras 25-29, 
No.51, Persiaran Perdana Presint 4,
62100 Putrajaya Malaysia
Tel: 03-8000 8000     Faks: 03-8891 3090
E-mel: jkt[at]kpkt[dot]gov[dot]my (webmaster sahaja)
Untuk e-melkan aduan sila klik di sini.

Paparan terbaik: IE9 / Firefox / Google Chrome resolusi melebihi 1024x768px
Penafian: Jabatan Kerajaan Tempatan tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini.
Total count : 488795 Tarikh Kemaskini : 23-10-2017