Penyelenggaraan Fasiliti dan Perparitan Bandar

PENYELENGGARAAN FASILITI DAN PERPARITAN BANDAR


OBJEKTIF BAHAGIAN

 

Menggubal dasar, garispanduan serta kod-kod amalan berkaitan perparitan bandar serta penyelenggaraan fasiliti awam untuk digunakan oleh PBT;

Merancang dan merangka program fasiliti awam dan perparitan bandar bagi kesejahteraan bandar dan kesihatan masyarakat di kawasan PBT dengan skop berikut:

  • menyelaras di peringkat jabatan dan kementerian dan membantu PBT melaksana program berkaitan perparitan bandar, kawalan pencemaran sumber air dan penyenggaraan fasiliti awam;
  • menyediakan latihan berkaitan perparitan bandar, kawalan pencemaran sumber air dan penyenggaraan fasiliti awam kepada pegawai PBT;
  • menyelaras dan menganjur aktiviti kesedaran awam
  • menyedia dan memberi khidmat nasihat teknikal berhubung dengan perparitan bandar kawalan pencemaran air dan penyenggaraan fasiliti awam kepada agensi-agensi berkaitan.

 


 

CARTA FUNGSI

 

 

Bahagian mengandungi dua unit utama :

 

Unit Perparitan Bandar dan Pencemaran Sumber Air

  1. Menyedia dasar, garis panduan serta kod-kod amalan untuk digunapakai oleh PBT di bawah Akta 127 - Akta Kualiti Alam Sekeliling dan Akta 171 - Akta Kerajaan Tempatan dalam Perancangan dan Pembangunan Perparitan Bandar dan Kawalan pencemaran sumber air;
  2. Memantau pelaksanaan dan penguatkuasaan Undang-undang yang berkaitan dengan Kawalan Pencemaran Sumber-sumber Air dan Perancangan dan Pembangunan Pembangunan Perparitan Bandar di bawah Akta berkaitan;
  3. Merancang, membangunkan dan menyelaras Bantuan Kajian Pelan Induk Perparitan Bandar di kawasan PBT di bawah Akta 172 - Akta Perancangan Bandar dan Desa;
  4. Mengumpul dan menyelaras data perparitan dan pencemaran sumber air;
  5. Merancang dan menyelaras Bantuan Peruntukan Kewangan Bagi menyediakan Program Sistem Perparitan Bandar dan Program Kawalan Pencemaran Air di kawasan PBT.

Unit Penyenggaraan Fasiliti

  1. Menyedia dasar garis panduan serta kod-kod amalan untuk digunapakai oleh PBT di dalam menyelenggara aset-aset dan fasiliti.
  2. Membantu PBT dalam program penyelenggaraan, pembaikan dan naiktaraf kemudahan awam dan fasiliti.
  3. Merancang dan mewujudkan pangkalan data bagi melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan fasiliti.
  4. Merancang dan menyelaras Bantuan Peruntukan Kewangan Bagi menyelenggara fasiliti kepada PBT yang memerlukannya.
  5. Menyediakan program latihan kepada PBT berkaitan.
  6. Pengurusan Penyenggaraan Fasiliti dan Kemudahan.
  7. Perancangan dan Pembangunan Perparitan Bandar
  8. Menguatkuasakan Undang-undang yang berkaitan dengan Kawalan Pencemaran Sumber-sumber Air & Air Rekreasi.
  9. Memberi khidmat nasihat teknikal kepada Kerajaan/Negeri/PBT.

 


 

AKTIVITI BAHAGIAN

 

Aktiviti Unit Fasiliti:

  • Pengurusan Aset PBT (pengumpulan maklumat dan perancangan aktiviti berkaitan)
    • Peralatan Elektrikal dan Mekanikal PBT
    • Bangunan dan Infrasturuktur PBT
  • Lawatan pemeriksaan / audit kemudahan awam PBT
  • Bengkel Penyediaan Garis Panduan Pengurusan dan penyenggaraan Aset PBT (Bil 1/2010)
 

Aktiviti Unit Perparitan & Kawalan Sumber Air:

  • Maklumat penguatkuasaan pemasangan perangkap minyak (grease trap) di PBT
  • Maklumat dan laporan kejadian banjir di kawasan PBT
  • Perancangan pelan induk perparitan bandar
  • Maklumat dan pemantauan air rekreasi (termasuk kolam renang)
  • Penyediaan garis panduan perangkap minyak
  • Lawatan pemeriksaan / audit kemudahan

 

 

Pemeriksaan tapak di Olak Lempit.


 

HUBUNGAN ANTARA AGENSI

 

 

Agensi Bidang
Kementerian Kesihatan Malaysia

Kualiti sumber air, kualiti udara dalaman, NEHAP, Air rekreasi

Jabatan Alam Sekitar Pencemaran sumber air, Pencemaran pantai / Laut
Jabatan Parit dan Saliran Perparitan dan saliran bandar, Pelan induk perparitan bandar
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara Bekalan dan kuantiti air
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Keselamatan peralatan dan jentera
Jabatan Kerja Raya Penguruan aset fasiliti
Institusi Pengajian Tinggi Awam Kajian dan perundingan

 

 


 

PERUNDANGAN, PEKELILING DAN GARISPANDUAN

Penyelenggaraan Fasiliti:

  • Akta Perancangan Bandar dan Desa (Akta 172)
  • Garis panduan pengurusan aset PBT (dalam penyediaan)
  • Garis panduan untuk pemeriksaan berkala bangunan (Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974  - Akta A903 Jabatan Kerajaan Tempatan)

Perparitan Bandar

  • Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133)
  • Akta Kerajaan Tempatan 1976
  • Pekeliling JKT JM/T/bil.10/2000: Kawalan pembangunan di kawasan banjir
  • Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (hingga 10 April 1999)
  • Manual Saliran Mesra Alam (MASMA)

Kawalan Pencemaran Sumber Air:

  • Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133)
    • Undang-undang kecil kerja tanah 1985
  • Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 (Akta 127)
    • Seksyen 24: Restrictions on pollution of the soil.
    • Seksyen 25: Restrictions on pollution of inland waters.
    • Seksyen 27: Prohibition of discharge of oil into Malaysia waters.
    • Seksyen 29: Prohibition of discharge of waste into Malaysia waters.
  • Peraturan Kualiti alam sekeliling 1979 (Efluen kumbahan dan sisa industri)
  • Akta Kerajaan Tempatan 1976
    • UUK Pelesenan establisymen makanan 1987
    • UUK Penjaja
    • UUK Tred, perniagaan dan perindustrian
  • Garispanduan dalam proses penyediaan:
    • Garispanduan penyelenggaraan kolam renang
    • Garispanduan pemasangan perangkap minyak
    • Garispanduan kawalan pencemaran air

 



Aktiviti 2013
 

Nama Program   :  Audit Penyenggaraan Kolam Takungan Di Kawasan     Pihak  Berkuasa Tempatan (PBT).
PBT    : Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ)
Tarikh Pemeriksaan  :  12 dan 13 Mac 2013
Tempat Pemeriksaan : 

1. Kolam Takungan di USJ 3A, Subang Jaya, Mukim Damansara, Daerah Petaling.
2. Kolam Takungan Taman Mutiara Subang, Mukim Damansara,  Daerah Petaling.
3. Kolam Takungan Taman Pinggiran USJ, Mukim Damansara,  Daerah Petaling.
4. Kolam Takungan Taman Puncak Jalil, Mukim Petaling, Daerah Petaling.
5. Kolam Takungan Kampung Sri Aman, Mukim Petaling,Daerah Petaling.

Tujuan Pemeriksaan  : Mendapat maklumat mengenai pengurusan penyelenggaraan kolam takungan yang dilakukan oleh PBT.

Pegawai JKT Yang Hadir  : 

1. Pn. Noor Diana bt. Khalil 
2. Pn. Massuri bt. Sabri 
3. En. Thilagarajah a/l Tharumarajah
4. Pn. Emma Zulhaira bt. Zulkiffli Onni

Pegawai PBT Yang Hadir : 1. Mohd. Razif Bin Dato’ Abdul Rahman
(Jabatan Kejuruteraan)
 

Nama Program   :  River Of Live
PBT    : Majlis Perbandaran Selayang (MPS)
Tarikh Pemeriksaan  :  20 Mac 2013
Tempat Pemeriksaan : Medan Selera Taman Bidara, Selayang
Tujuan Pemeriksaan  : Pengambilan sampel air perangkap minyak komunal.

Pegawai JKT Yang Hadir  : 

1. Pn. Noor Diana bt. Khalil 
2. Pn. Massuri bt. Sabri 
3. En. Ramayadi bin Abd. Rashid 
4. En. Gobinath a/l Maniam

Pegawai PBT Yang Hadir : 

1. En. Zulkifli bin Ariffin


  •  
  • Print
  • Email this page

::Hakcipta©2014 Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT KPKT)::
Aras 25-29, 
No.51, Persiaran Perdana Presint 4,
62100 Putrajaya Malaysia
Tel: 03-8000 8000     Faks: 03-8891 3090
E-mel: jkt[at]kpkt[dot]gov[dot]my (webmaster sahaja)
Untuk e-melkan aduan sila klik di sini.

Paparan terbaik: IE9 / Firefox / Google Chrome resolusi melebihi 1024x768px
Penafian: Jabatan Kerajaan Tempatan tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini.
Total count : 488795 Tarikh Kemaskini : 23-10-2017