Perutusan Ketua Pengarah

PERUTUSAN KETUA PENGARAH

 

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Selamat Datang ke Portal Rasmi Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT).
 
Sebagai sebuah Jabatan di bawah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, di antara tugas utama JKT adalah untuk membantu Pihak-pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh negara untuk mempertingkatkan kecekapan dan keberkesanan dalam memberi perkhidmatan yang diperlukan ke arah mempertingkatkan kualiti hidup penduduk dalam kawasan PBT
 
Bagi mencapai matlamat tersebut, JKT dipertanggungjawabkan untuk menggubal, menyelaras dan memantau dasar-dasar serta peraturan-peraturan berkaitan Kerajaan Tempatan disamping menyediakan khidmat nasihat dan input teknikal, khasnya mengenai aspek-aspek kesihatan dan pembinaan bangunan kepada semua PBT.

 

Selaras dengan hasrat Kerajaan Malaysia untuk meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan, beberapa kemudahan telah disediakan oleh JKT untuk membantu PBT.  Salah satu daripada kemudahan tersebut adalah Portal ePBT yang menyenaraikan semua perkhidmatan yang ditawarkan oleh semua PBT di Malaysia termasuk kemudahan muat turun borang dan juga senarai PBT yang menawarkan perkhidmatan atas talian (online). Portal OSC (Pusat Setempat) pula memberikan kemudahan kepada umum untuk menyemak status permohonan cadangan pemajuan yang dikemukakan di Unit OSC PBT.

 

Adalah menjadi harapan saya, Portal JKT ini digunakan sepenuhnya untuk penyebaran dan perkongsian maklumat berkenaan dengan Kerajaan Tempatan dalam dan luar negeri. Dengan itu, kami mengalu-alukan anda melayari laman web ini dan mengemukakan sumbangan idea, pandangan dan maklumbalas bagi memantapkan lagi kandungan laman web ini untuk manfaat semua pihak.


 
YBhg. Dato' Dr. Ab Rahman bin Awang
Ketua Pengarah
Jabatan Kerajaan Tempatan
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan
dan Kerajaan Tempatan

 


  •  
  • Print
  • Email this page

::Hakcipta©2014 Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT KPKT)::
Aras 25-29, 
No.51, Persiaran Perdana Presint 4,
62100 Putrajaya Malaysia
Tel: 03-8000 8000     Faks: 03-8891 3090
E-mel: jkt[at]kpkt[dot]gov[dot]my (webmaster sahaja)
Untuk e-melkan aduan sila klik di sini.

Paparan terbaik: IE9 / Firefox / Google Chrome resolusi melebihi 1024x768px
Penafian: Jabatan Kerajaan Tempatan tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini.
Total count : 488795 Tarikh Kemaskini : 23-10-2017